INFO

PENDAHULUAN:


Cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh setiap manusia muslim di akhir zaman ini datang dari berbagai sudut dan cara. Semakin hari semakin hebat dan pastinya akan bertambah kompleks pada masa hadapan mereka. Ujian dari sudut akidah, ibadah, akhlak dan pemikiran perlu ditangani dengan bijaksana dan berhikmah. Bagi mempersiapkan pelajar menghadapi berbagai ujian dalam kehidupan mereka sekarang dan pada masa akan datang, Program Ulama' Muda ini diketengahkan sebagai salah satu usaha untuk membantu mereka yang terlibat secara langsung dengan program ini khasnya, dan seluruh pelajar SMKA Maahad Hamidiah amnya bagi mencari jawapan kepada setiap persoalan yang timbul.


OBJEKTIF PROGRAM:


-Memilih dan menobatkan seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan sebagai Ulama' Muda sebagai ikon dan idola kepada seluruh pelajar SMKA Maahad Hamidiah
-Mencungkil dan mengasah bakat dan kebolehan pelajar dalam perkara perkara berkaitan fardhu ain dan fardhu kifayah
-Mempersiapkan peserta dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang pelbagai dalam bidang pendidikan Islam
-Menggalakkan pelajar lebih memberi perhatian kepada isu isu semasa berkaitan amalan amalan agama dalam kehidupan seharian mereka
-Membentuk pemikiran pelajar agar menjadi lebih sensitive terhadap isu isu agama yang timbul dalam masyarakat, sambil mencari jalan penyelesaiannya
-Sentiasa membudayakan iklim 'fikrah dinie' dikalangan pelajar samada semasa berada di alam persekolahan atau selepasnya


PELAKSANAAN :


1) Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh pelajar SMKA Maahad Hamidiah
2) Seramai 40 orang calon (20 lelaki dan 20 perempuan) akan dipilih dari penyertaan tersebut
3) Juri / Hakim adalah terdiri dari ustaz dan ustazah yang memantau setiap tugasan bagi setiap   acara yang telah ditetapkan
4) Undian dari warga SMKA Maahad Hamidiah dan pihak luar (30%) juga akan diambil kira untuk menentukan pemilihan pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan
5) Masa dan tarikh untuk menjalankan aktiviti akan ditentukan mengikut jadual aktiviti kokurikulum (Isnin dan Khamis)
6) Setiap aktiviti yang dijalankan akan dirakam dari hari pertama hingga ke acara kemuncak pemilihan dan akan dimasukkan ke dalam laman website sekolah
7) Pihak media juga akan dijemput untuk membuat liputan pada acara kemuncak diadakan


PROGRAM :


-Ujian diagnostik peribadi
-Tilawah / Hafazan al-Quran
- Ujian imam / bilal
- Tajyiz jenazah
- Kertas projek / folio (penyelesaian masalah)
- Sembelihan 
- Azan
- Ceramah,pidato,tazkirah
- Khutbah (L)